hit counter

Monday, 30 November 2015

Kenangan

Pekerja itu mengemas meja makan yang penuh dengan sisa-sisa makanan. Datang seorang lelaki tua, pakaiannya lusuh, berbaju putih kotor, di sebelah tangan kanannya memegang plastik hitam berisikan "khazanahnya". Dia berdiri di sebelah pekerja tadi sambil berkata;

"Dik, izinkan pak cik mengambil sisa-sisa makanan ini. Walaupun ia sisa, tapi bagi pak cik, cukup untuk perut ini mendiamkan diri."

Pekerja itu terkedu. Matanya tidak berkelip. Pertama kali melihat pak cik itu. Sebelum2 ini tiada pula.

Pelik!

Monday, 23 November 2015

GENARASI BARU?

GENARASI BARU?

Kalau kita terus bermain-main, terus leka dengan hiburan dan maksiat, apakah yang akan terjadi kepada generasi selepas kita?

Saya pernah pergi ceramah di beberapa sekolah, yang mana ada kes sekolah yang anak luar nikah sentiasa di lahirkan oleh pelajar, sehingga puratanya ialah setahun 2 orang. Ada kes yang pelajar mengucap syahadah pun tidak reti. Solat jangan cakap lah , sangat ramai yang tinggal.

Sunday, 22 November 2015

Allah Suruh Kita Bersyukur

Allah SURUH kita bersyukur dah Allah memuliakan kita sebab kita utamakan Allah melebihi segala-galanya. Wa takbirhu takbiro! Allahu Akhbar!

—---

Apa pengajaran yang saya nak kongsikan dengan korang daripada ayat ini adalah,

1. Berdasarkan ayat ,

وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ

"..dan supaya kamu membesarkan Allah KERANA mendapat petunjukNya.."

Monday, 19 October 2015

Niat Puasa Sunat Asyura 10 Muharram & Kelebihannya


Salam Muharram. Ok. Kali ni Anem kongsikan niat puasa sunat Asyura pula & Kelebihan puasa sunat asyura .



NOTA : 
Tak sempat sahur/ lupa niat , boleh puasa sunat. Puasa sunat boleh niat sebelum zohor ikut mazhab Syafi'e. Niat tak semestinya dalam bahasa arab, Perkara batalkan puasa tetap sama. Amalan hari asyura adalah seperti biasanya, seperti hari jumaat. Banyakkan bersedekah, mengaji & ibadah lain. Tak ada amalan pelik-pelik ya.
JIKA ADA SEBARANG KESALAHAN PADA ARTIKEL INI , SILA NYATAKAN DI BAWAH YA ? KITA KONGSI ILMU SAMA-SAMA . TERIMA KASIH :)

Ok, ada yang tanya jika 10 Muharram ni jatuh pada hari sabtu, boleh tak puasa sabtu sahaja, atau puasa hanya pada 10 MUHARRAM sahaja , boleh tak  ? Jawapannya disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi , mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja. Sebenarnya jika jatuh pada hari lain pun begitu juga sunatnya. . Sehari sebelum atau sehari selepas.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram. 

Thursday, 10 September 2015

10 “BAHASA” PENYEBAB ANAK MENJADI DEGIL DAN BERMASALAH

Rasulullah saw mengajarkan kita bagaimana untuk benar-benar sentiasa menjaga lidah dari bahasa yang tidak sepatutnya seorang muslim berbicara dengannya.
Mengenai “10 Bahasa Yang Silap Dalam Berbicara“ sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun ibubapa itu merasakan sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.
1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Wednesday, 9 September 2015

Peristiwa Perang Uhud

Peristiwa peperangan Uhud menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman iaitu apabila terdapat di kalangan sahabat yang tidak patuh kepada arahan Rasulullah Saw. Baginda mengarahkan supaya pasukan pemanah mengawal sebuah bukit yang sangat penting bagi memastikan tentera islam tidak diserang oleh musuh dari belakang. Rasulullah Saw mengamanahkan kepada mereka supaya tidak meninggalkan bukit tersebut sama ada ketika menang ataupun kalah. Malangnya apabila tentera islam hampir mencapai kemenangan, pasukan pemanah terlupa kepada arahan Rasulullah Saw kerana merasakan bahawa peperangan telah hampir tamat dan tentera islam sudah mencapai kemenangan.

Sebaik sahaja mereka meninggalkan bukit itu golongan musyrik telah melancarkan serangan kilat dari arah belakang menyebabkan orang-orang yang beriman menjadi kelam kabut. Dalam suasana seperti itu, seramai 70 orang sahabat telah syahid, ramai yang cedera manakala Rasulullah Saw patah gigi dan berdarah pipinya. Lalu orang-orang yang beriman bertanya : " Mengapa boleh jadi begini? Mengapa kita menerima nasib yang seperti ini? Tidakkah kita ini orang yang beriman?" Allah Swt menjawab pertanyaan mereka : " puncanya ialah daripada diri kamu sendiri".

Saturday, 29 August 2015

Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam



Hector Barbossa

Apabila
 disebut Barbossa, saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali. Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Kajian Teknologi Umat Terdahulu Bahagian 3


Seperti mana yang telah dilakukan dalam evolusi manusia, perspektif sejarah evolusionis juga mengkaji sejarah manusia dengan membahagikannya kepada beberapa jangka waktu. Konsep rekaan seperti Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi merupakan bahagian penting kronologi evolusionis. Oleh kerana gambar khayalan ini dipaparkan di sekolah, surat khabar dan televisyen, kebanyakan orang menerima rekaan ini tanpa soal dan membayangkan manusia dulu kala hidup dengan hanya menggunakan peralatan batu purba dan ketiadaan teknologi.

Kajian Teknologi Umat Terdahulu Bahagian 2

Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu, manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus?

Atau pernahkah anda mendengar manusia yang digelar sebagai ‘orang gua primitif’ memiliki kemahiran artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden?

Adakah anda tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan digambarkan oleh para evolusionis sebagai ‘manusia beruk’, juga mampu membuat alatan muzik, memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir panas beralaskan sandal?

Kisah Titanic Tenggelam ada dalam Surah Yassin

Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud ‘Dewa Jahat Perkasa’.

Kapal mewah ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 3 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.

Friday, 28 August 2015

NUSYUZ

NUSYUZ
1. Pengertian :
  Bermakna derhaka iaitu isteri yang menderhakai suami dengan mengingkari ketaatan terhadap suami yabg diwajibkan oleh Allah SWT.
Hujum nusyuz, perbuatan nusyuz oleh isteri adalah haram kerana ia adalah satu dari dosa besar.

Cara Membenarkan Iman

Lawan benar adalahlah tipu atau palsu..
bagaimana (untuk) membenarkan.. ?
Apabila apa sahaja perkara yang terdetik dihati, kita nafikan kuasa makhluk dan isbatkan kuasa Allah swt. Misalnya bila terdetik suatu yang buruk maka hati kita terus istighfar dan menyebut inna lillahi wa inna ilahi rojiun, bila terdetik suatu yang baik maka Alhamdulillah, Subhanallah.. bila terdetik suatu yang takjub.. Masyaa ALLAH dan Allahu Akbar
ini cara nak benarkan dan doa Allah luruskan hati kita selalu..

Thursday, 27 August 2015

Al-Qassam beri amaran pada israel, jangan uji kesabaran rakyat Palestin

Hamas
GAZA, Khamis – Sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam memberi amaran kepada regim Israel untuk tidak terus menguji kesabaran rakyat Gaza dan Palestin keseluruhannya.
“Zionis perlu ingat, kesabaran rakyat Gaza tidak akan lama dan akan meletup jika Israel tidak melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam gencatan senjata,” tegas jurucakapnya ketika sidang akhbar di Pelabuhan Gaza semalam.

Beberapa Sifat Wanita yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami

sifat
Mendapatkan isteri yang ideal mungkin adalah impian para lelaki. Begitupun dengan wanita, siapa wanita yang tidak ingin memiliki suami shalih dan sesuai kriteria ideal yang didambakan. Namun kita tahu bahwa tidak ada manusia yang sempurna. Kita hanya bisa mengusahakan agar dapat menjalankan peran masing-masing semaksimal mungkin dan sesuai dengan apa yang diridhai Allah ta’ala.
Ada sebuah nasehat bagi seorang suami. ” Bahagiakanlah isteri karena membahagiakan isteri dapat melancarkan rezeki.” Benarkah demikian? Berikut sifat-sifat wanita yang bisa jadi akan mendatangkan rezeki bagi suaminya yang dikutip dari 9 Redaksi :

Wednesday, 26 August 2015

Kajian Teknologi Umat Terdahulu Bahagian 1

Dua epik India kuno berbahasa Sanskrit (Mahabarata dan Rama) membuatkan kita tertanya-tanya akan kebenarannya yang hingga kini masih menjadi peristiwa misteri bagi seluruh dunia.

Menurut ahli arkeologi zaman sekarang, di kota kuno Mohenjodaro (Pakistan) banyak ditemui rangka-rangka manusia yang berserakan, banyak petunjuk menandakan seolah mereka dilanda sebuah malapetaka yang sangat dahsyat secara tiba-tiba. Di kota itulah kisah epik peperangan Ramayana yang bersumber manuskrip-manuskrip ditemukan.

Respek

Kuala Lumpur: “Seumur hidup ini mungkin pengalaman paling memberi makna kepada kepada saya.
“Kita sendiri tahu zaman sekarang isu perkauman sangat sensitif, tetapi saya amat terharu ada rakan berlainan agama sanggup basah semata-mata mahu melindungi saya dan rakan lain solat dalam hujan,” itu kata Firdaus Zulkifli, 21, penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Alexander The Great

Sebelum kematian Alexander The Great, Dia telah mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama ...
Keranda mayatnya di usung oleh doktor2 pakar terhebat.

Tuesday, 25 August 2015

Dajjal







Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''. Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong.

JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG



Jambatan titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang . Dibawahnya terbentang NERAKA dan dihadapannya terbentang SYURGA yg luas . Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun . 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun 
.

# Share la dpt pahala mengingatkan sesama agama ,, tdak kira agama ape .. ^^ 7 petala langit , 7 petala bumi , 7 lautan , 7 hari , 7 syurga , 7 neraka , 7 baris surah dalam al-fatihah , 7 bukan nombor sebarangan . :') Seandainya seorang jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah . Bila korang dah nampak ayat ni , setan hasut " tak payah copy paste la .. buang masa je " . Masya Allah :Tak smpai 1 minit pun . "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah