hit counter

Monday, 19 October 2015

Niat Puasa Sunat Asyura 10 Muharram & Kelebihannya


Salam Muharram. Ok. Kali ni Anem kongsikan niat puasa sunat Asyura pula & Kelebihan puasa sunat asyura .



NOTA : 
Tak sempat sahur/ lupa niat , boleh puasa sunat. Puasa sunat boleh niat sebelum zohor ikut mazhab Syafi'e. Niat tak semestinya dalam bahasa arab, Perkara batalkan puasa tetap sama. Amalan hari asyura adalah seperti biasanya, seperti hari jumaat. Banyakkan bersedekah, mengaji & ibadah lain. Tak ada amalan pelik-pelik ya.
JIKA ADA SEBARANG KESALAHAN PADA ARTIKEL INI , SILA NYATAKAN DI BAWAH YA ? KITA KONGSI ILMU SAMA-SAMA . TERIMA KASIH :)

Ok, ada yang tanya jika 10 Muharram ni jatuh pada hari sabtu, boleh tak puasa sabtu sahaja, atau puasa hanya pada 10 MUHARRAM sahaja , boleh tak  ? Jawapannya disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi , mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja. Sebenarnya jika jatuh pada hari lain pun begitu juga sunatnya. . Sehari sebelum atau sehari selepas.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.