hit counter

Wednesday, 26 August 2015

Alexander The Great

Sebelum kematian Alexander The Great, Dia telah mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama ...
Keranda mayatnya di usung oleh doktor2 pakar terhebat.


Kedua ...
Semua hartanya (duit, emas, batu permata) di tebarkan di sepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya ...
Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Di tanyakan kenapa oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

“ Aku mahu doktor2 terbaik mengusung keranda aku krn aku mahu mengingatkan manusia bhw di saat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

Aku mahu jalan menuju ke kuburku di penuhi dgn harta kekayaan aku supaya semua org akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh di bawa mati.
Ia tetap akan terus berada di dunia.

Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yg kita datang ke dunia dgn tangan kosong dan akan pergi juga dgn tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA. ”

Kesimpulannya di sini ...
tak kiralah betapa hebatnya kita semasa hidup ini takkan mungkin kita dapat menyelamatkan diri kita dari kematian..

No comments:

Post a Comment