Sebaik sahaja mereka meninggalkan bukit itu golongan musyrik telah melancarkan serangan kilat dari arah belakang menyebabkan orang-orang yang beriman menjadi kelam kabut. Dalam suasana seperti itu, seramai 70 orang sahabat telah syahid, ramai yang cedera manakala Rasulullah Saw patah gigi dan berdarah pipinya. Lalu orang-orang yang beriman bertanya : " Mengapa boleh jadi begini? Mengapa kita menerima nasib yang seperti ini? Tidakkah kita ini orang yang beriman?" Allah Swt menjawab pertanyaan mereka : " puncanya ialah daripada diri kamu sendiri".
Kadang-kadang ada di kalangan pejuang islam mempunyai niat yang tidak baik dan tidak bersungguh-sungguh menegakkan agama Allah Swt. Ini mengakibatkan berlakunya kelemahan dalam jihad dan perjuangan menegakkan kalimah-Nya. Oleh kerana itu Allah Swt memerintahkan kepada orang-orang yang beriman melalui firman-Nya :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
Kebiasaannya, sebuah bangunan yang teguh itu disusun daripada batu bata kecil dan pasir-pasir halus yang diikat dengan simen menjadikannya saling sokong menyokong diantara satu dengan yg lain. Inilah gandingan orang-orang yang beriman diantara satu sama lain mempunyai penyusunan yg kukuh lagi rapi. Setiap individu muslim wajib merealisasikan segala tuntutan islam dan berusaha menegakkan Daulah Islamiyah. Maka oleh itu berada didalam jemaah Islamiyah dan saf yang tersusun rapi adalah satu kewajipan yang diwajibkan oleh islam demi melaksanakan tujuan keatasnya. Sabda Rasulullah saw :
" Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah muslimin dan pimpinan mereka."
Matlamat yang khusus ialah :
1- Melahirkan individu muslim dan mengembalikan keperibadian islam yang tulen kepadanya.
2- Mendirikan negara islam.
3- Menyatukan semula umat islam yang berpecah-pecah sebagaimana yang ada pada hari ini.
* Matlamat secara umum ialah mengabdikan diri manusia kepada Allah Swt sebagaimana firman-Nya :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
" TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH "
No comments:
Post a Comment