hit counter

Monday, 23 November 2015

GENARASI BARU?

GENARASI BARU?

Kalau kita terus bermain-main, terus leka dengan hiburan dan maksiat, apakah yang akan terjadi kepada generasi selepas kita?

Saya pernah pergi ceramah di beberapa sekolah, yang mana ada kes sekolah yang anak luar nikah sentiasa di lahirkan oleh pelajar, sehingga puratanya ialah setahun 2 orang. Ada kes yang pelajar mengucap syahadah pun tidak reti. Solat jangan cakap lah , sangat ramai yang tinggal.




Di universiti pula, ramai yang tenggelam dengan couple, vape, rokok, obsess artis, marathon movie, dan macam biasa, ramai juga yang tidak menutup aurat, baca quran masih tersekat, solat tinggal dan sebagainya. Belum cerita dari sudut PEMIKIRAN, yang kebanyakannya terpengaruh dengan ideologi liberal, plural, syiah, hedonisme dan sebagainya.

Di sudut politik pulak, dengan pergaduhan sesama umat islam masih tidak selesai, pihak A dan B masing-masing fitnah memfitnah, caci mencaci, menjadi pengkhianat dan penyamun.

Saya kadang risau.

Kalau generasi HARI telah menjadi seteruk ini, apakah yang akan jadi pada generasi akan datang???? Sepanyol dahulu di kuasai oleh Islam selama 800 tahun. Namun, akibat lalai, hari ini, Sepanyol di kenali sebagai negara kristian, generasi demi generasi hancur hingga Islam seolah-olah tidak pernah hadir di situ.

Apakah peranan kita?
Mahu terus lalai?

No comments:

Post a Comment