hit counter

Thursday, 10 September 2015

10 “BAHASA” PENYEBAB ANAK MENJADI DEGIL DAN BERMASALAH

Rasulullah saw mengajarkan kita bagaimana untuk benar-benar sentiasa menjaga lidah dari bahasa yang tidak sepatutnya seorang muslim berbicara dengannya.
Mengenai “10 Bahasa Yang Silap Dalam Berbicara“ sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun ibubapa itu merasakan sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.
1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.

Wednesday, 9 September 2015

Peristiwa Perang Uhud

Peristiwa peperangan Uhud menjadi pengajaran kepada orang-orang yang beriman iaitu apabila terdapat di kalangan sahabat yang tidak patuh kepada arahan Rasulullah Saw. Baginda mengarahkan supaya pasukan pemanah mengawal sebuah bukit yang sangat penting bagi memastikan tentera islam tidak diserang oleh musuh dari belakang. Rasulullah Saw mengamanahkan kepada mereka supaya tidak meninggalkan bukit tersebut sama ada ketika menang ataupun kalah. Malangnya apabila tentera islam hampir mencapai kemenangan, pasukan pemanah terlupa kepada arahan Rasulullah Saw kerana merasakan bahawa peperangan telah hampir tamat dan tentera islam sudah mencapai kemenangan.

Sebaik sahaja mereka meninggalkan bukit itu golongan musyrik telah melancarkan serangan kilat dari arah belakang menyebabkan orang-orang yang beriman menjadi kelam kabut. Dalam suasana seperti itu, seramai 70 orang sahabat telah syahid, ramai yang cedera manakala Rasulullah Saw patah gigi dan berdarah pipinya. Lalu orang-orang yang beriman bertanya : " Mengapa boleh jadi begini? Mengapa kita menerima nasib yang seperti ini? Tidakkah kita ini orang yang beriman?" Allah Swt menjawab pertanyaan mereka : " puncanya ialah daripada diri kamu sendiri".