Allah SURUH kita bersyukur dah Allah memuliakan kita sebab kita utamakan Allah melebihi segala-galanya. Wa takbirhu takbiro! Allahu Akhbar!
—---
Apa pengajaran yang saya nak kongsikan dengan korang daripada ayat ini adalah,
1. Berdasarkan ayat ,
وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ
"..dan supaya kamu membesarkan Allah KERANA mendapat petunjukNya.."
Sepatutnya sepanjang 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan,
kita dah boleh jaga TELINGA kita.
kita dah boleh jaga MATA kita.
kita dah boleh jaga MULUT kita.
kita dah boleh jaga AMAL IBADAH kita.
kita dah boleh jaga DIRI kita daripada maksiat.
kita dah boleh tahu dan jaga HALAL dan HARAM sebaiknya.
Dan sebagainya.
SEPATUTNYA dah cukup! Sepatutnyalah. Kemudian, SEPATUTNYA juga 30 hari dah CUKUP untuk kita KEKALKAN momentum amalan kita sehingga lepas habis Ramadhan. Maksudnya kita berjaya kekalkan momentum sampailah bertemu Ramadhan tahun depan.
Kalau bulan puasa kita boleh habiskan 30 juzuk Quran, atau sekurangnya kita baca al Quran sehari 5 muka surat atau paling kurang sehari 1 muka surat, KENAPA selepas habis Ramadhan kita TAK HABIS-HABIS lagi 30 juzuk Quran? Atau kenapa selepas habis Ramadhan kita tak boleh konsisten baca al Quran setiap hari walau 1 muka sehari?
Kenapa tak khatam-khatam lagi? Dan kenapa tak baca lagi? Arghh! Sakitnya tuh di sini.
Kalau bulan puasa kita boleh bangun tahajjud hampir atau SETIAP hari, kenapa selepas habis Ramadhan kita bangun tahajud SEBULAN SEKALI? Atau lebih dari tu, kita dah beberapa bulan tak bangun tahajjud?
Kalau bulan puasa kita boleh tahan diri daripada maksiat, tundukkan pandangan, jaga telinga dari dengar perkara maksiat dan sebagainya, jaga lidah daripada mengumpat mengutuk dan sebagainya, TETAPI kenapa selepas habis Ramadhan kita TIDAK BOLEH jaga semua itu?
Kenapa lidah kita makin lancang memaki hamun perli kutuk mengumpat orang? Kenapa mata kita makin meliar melihat perempuan atau muslimah walau tutup aurat sempurna sekalipun?
Kenapa telinga kita masih lagi suka dengar gossip atau perkara dosa?
Kenapa? Adakah kita TIDAK MERASAI nikmat atau kemanisan RAMADHAN? Atau kita berpuasa Ramadhan sebab orang lain puasa, maka kita puasa je? Atau sebab mak ayah suruh? Atau sebab malu nanti kena kutuk dengan kawan-kawan kalau kantoi tak puasa.
Macam mana kita boleh mengaku BESARKAN Allah, tetapi dalam masa sama kita BELAKANGKAN Allah dalam banyak perkara. Bahkan hampir semua perkara? Kita sengaja lewatkan solat sebab buat kerja ataupun buat assignment yang sedangkan boleh ditangguhkan? Kita sengaja tak baca al Quran sebab malas?
Kita hipokritkah? Kita ni sembah Allah ke sembah Ramadhan? Ouch, sakitnya. Huhu.
Mungkin juga sebab kita TIDAK dapat petunjuk Allah. Ye lah, mana tidaknya, kita lebih banyak doa minta JODOH daripada doa minta PETUNJUK. Lepas solat je doa,
“Ya Allah, doakan aku dengan Markonah Masjon. Kalau dia bukan jodohku, jodohkan juga. Kalau dia jodoh orang lain, jadikan lah aku orang lain tu..”
Arghh. Dah kenapa. Mana sempat nak doa minta pentunjuk dari Allah. Tu yang akhirnya masing-masing ke laut.. bukan ke jalan Allah.
2. Kalau perhatikan ayat akhir sekali,
وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
".. dan supaya kamu bersyukur."
Allah SURUH kita bersyukur, bukan main-main. Berapa banyak daripada kita BETUL-BETUL bersyukur? Atau kita lebih banyak TROLL atau PERLI dengan cakap,
"Bersyukurlah, Madagascar masih aman.”
Jom kita muhasabah tentang bersyukur. Kalau betul kita bersyukur dengan nikmat Allah, kita akan TAAT perintah Allah dan kongsikan syukur ini kepada orang lain dengan cara kita buat dakwah. Ye la, kalau kita gembira dapat sesuatu, mesti kita nak kongsi dengan orang lain kan?
Kalau dapat bergambar dengan salji, mesti kita nak share gambar kita dengan orang lain di Facebook kan? Macam tu juga syukur. Kalau kita syukur dengan nikmat Iman dan Islam serta kefahaman Islam, kita mesti nak kongsi dengan orang lain. Nak kongsi dengan kata lain, kita buat dakwah tarbiah.
Itupun kalau kita bersyukur. Allah… Sob Sob.
Moga Allah kurniakan kita petunjukNya sampai kita jadi mayat. Amin.
No comments:
Post a Comment