hit counter

Saturday, 29 August 2015

Kisah Titanic Tenggelam ada dalam Surah Yassin

Kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud ‘Dewa Jahat Perkasa’.

Kapal mewah ini mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 3 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York.


Pelbagai andaian dan teori yang di utarakan oleh para penyelidik bagaimana kapal ini boleh tenggelam. Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :

41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan,

42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.

43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Kapal ini digambarkan penuh muatan mungkin seperti kapalnya Nabi Nuh A.S. Untuk Kapal Titanic, Allah SWT ternyata berkehendak, “Kami tenggelamkan mereka”, maka tenggelamlah kapal Titanic beserta sebagian besar penumpangnya. Tetapi Allah juga berkehendak, “Kami selamatkan mereka”, sehingga ada juga penumpang yang selamat iaitu sebagian besar wanita dan anak-anak.

Kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith ini pernah mengeluarkan kenyataan angkuhnya iaitu "Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini.Dengan pengalaman lebih 40 tahun,tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..” Kata-kata ini sudah cukup menunjukkan betapa bongkaknya kapten kapal Titanic ini, dalam satu majlis makan malam sempena pelancarannya iaitu kira-kira beberapa hari sebelum kapal ini memulakan perjalanan.

”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.
SUBHANALLAH! SILA SHARE PADA KAWAN-KAWAN.

No comments:

Post a Comment