Blog Ini hanya Untuk Kita sama - sama mengabdikan diri kepada ALLAH SWT Dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tuesday, 25 August 2015
Dajjal
Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''. Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong.
Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa
keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan. Dajjal ini bentuk rupa paras sentiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan
matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun. Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat
hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya.
Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya, ''Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu
mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya. Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda. Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman.
Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA. Pada tahun 1776 Dajjal telah di anak angkatkan oleh Iblis di tempat yang di namakan Carribean Sea iaitu di kawasan Bermuda Triangle. Dia dikenali sebagai Uncle Sam dan membantu Amerika Bebas dari Britain. Usaha menghamba abdikan orang Afrika berlaku apabila di bawa ke Amerika. Ianya merupakan usaha Dajjal untuk mengkafirkan orang Islam.
Nabi Bersabda; '' Dajjal, kekuatannya adalah kekuatan Dunia, kekayaannya adalah kekayaan dunia''. Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ; sekiranya kami hidup semasa itu bagaimana nak menghadapi Dajjal? Rasulullah s.a.w. menjawab ; kembali kepada Kahfi. Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal dari surah Al-Kahfi akan di pelihara dan di selamatkannya dari fitnah Dajjal.” (hadis riwayat Muslim) Surah Kahfi (Quran) kena di amalkan, maksudnya bukan sekadar hafalan tetapi merupakan perjalanan kerana Quran itu sendiri terletak pada orangnya.
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment