Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun. Dia tidak pernah "ponteng" walaupun sekali melaikan apabila ada uzur syarii. Namun, ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya.
"Sepanjang kita belajar dengannya, sedikit pun tidak tersalah keluarbiasaannya," kata salah seorang anak muridnya. "Berbanding dengan guru-guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak menpunyai apa-apa keistimewaan. Semua yang ada padanya biasa-biasa sahaja.," tambah yang lain."Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya. Malang sungguh nasib kita...."
Akhirnya, sungutan-sungutan yang kedengaran itu sampai jua ke telinga ulama tua itu. Lalu dia bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak muridnya. Ketika mengajar pada suatu hari, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di papan hitam. Namun anehnya kapur itu tidak jatuh... sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulama tua itu.
Melihat kejadian aneh itu semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman. Mereka tidak sangka bahawa guru yang meraka anggap selekeh selama ini rupa-rupanya memiliki karamah. Melihat kekaguman anak-anak muridnya itu, guru tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata, "Aku sangat hairan melihat sikap kamu semua. Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaiman dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam ini?"
Pengajaran:
Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada qaramah. Allah sangat cintakan amalan yang istiqamah walaupun sedikit. Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang peroleh karamah. Sejarah mencatatkan ramai orang yang pernah diberikan qaramah tersesat kerana iman yang tidak istiqamah.
No comments:
Post a Comment