hit counter

Tuesday, 2 February 2016

Mencari Orang Sakti

"Saya mencari orang sakti," kata seorang pemuda kepada orang tua yang ditemuinya.

"Siapakah yang anda cari?"

"Orang sakti yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Saya dengar dia tinggal di tempat ini. Saya sedang sakit kronik. Doktor memberitahu saya hanya menunggu bulan untuk mati."

"Tidak ada yang boleh menyembuhkan penyakitmu kecuali Allah. Mintalah doa kepada-Nya."

"Hanya doa orang sakti itu yang didengar oleh Allah," kata pesakit yang datang dari jauh itu.

Orang tua itu dengan cepat menjawab, "Tidak ada orang sakti di sini. Sebaik-baiknya kamu pulang. Allah akan menyembuhkan kamu. Bukan orang sakti."

Maka pesakit itu pulang dengan satu keyakinan baharu iaitu Allah akan menyembuhkannya. Sejak hari itu, penyakitnya semakin sembuh dan hidup berpuluh-puluh tahun kemudiannya. Sehingga dia meninggal dunia, dia tidak mengetahui itulah "orang sakti" yang dicarinya itu!

Pengajaran :

Orang yang akrab dengan Allah lebih mementingkan kebaikan daripada gelaran, nama dan sanjungan. Mereka berasa bahagia menabur kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Tidak ada ujud, riyak dan takbur.

No comments:

Post a Comment